HomeUtamaKUSKOP laksana dua program keusahawanan tahun depan

KUSKOP laksana dua program keusahawanan tahun depan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menganjurkan dua program keusahawanan pada tahun hadapan. 

Menterinya, Datuk Ewon Benedict berkata, dua program berkenaan adalah Hari Penjaja Kebangsaan serta Karnival Usahawan dan Koperasi.

“Kedua-dua program ini adalah yang julung kalinya diadakan di Sabah bertujuan untuk memperkasakan semula industri kecil dan sederhana yang teruk terjejas sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“Secara umumnya, perusahaan industri kecil dan sederhana kini menyumbang tenaga kerja sebanyak 47 peratus daripada populasi rakyat Malaysia yang memperolehi peluang pekerjaan melalui syarikat-syarikat kategori industri kecil dan sederhana.

“KUSKOP akan mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan persekutuan dan negeri serta dewan perniagaan dan persatuan-persatuan perniagaan untuk melihat peranan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pembangunan sektor keusahawanan di negeri ini.

“Adalah menjadi harapan pihak kementerian agar program-program yang dirancang dapat memperkasakan semula sektor ini supaya lebih ramai rakyat memperoleh peluang pekerjaan,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Pada kunjungan tersebut, Ewon turut memberi penerangan berkenaan dengan fungsi agensi di bawah KUSKOP dan program-program yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat negeri ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Sri Suriani Datuk Ahmad, Ketua Unit Komunikasi Korporat KUSKOP, Datin Suriani Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Datin Dr. Syahira Hamidon, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, Matias Kundapin serta Setiausaha Politik KUSKOP, Carl Moosom.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular