HomeUtamaTiga kertas dibentang dalam mesyuarat NACCOL

Tiga kertas dibentang dalam mesyuarat NACCOL

Read Time:2 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA : Sebanyak tiga kertas telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kertas yang dibentang itu adalah bagi mengupas isu, tantangan dan strategi secara bersama oleh tiga kementerian 

Antara yang terlibat ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Perladangan dan Komoditi. 

Anwar berkata, laporan-laporan itu adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan awal daripada pemegang taruh berkaitan terutamanya pemain industri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili hak pengguna.

Katanya, Kerajaan juga konsisten dalam membangun serta mendukung pembangunan industri yang mampan.

“Sektor penternakan negara telah lama mencapai tahap yang mampan untuk memenuhi permintaan tempatan dan berupaya untuk mengeksport. 

“Kerajaan berhasrat untuk memudahkan industri ini untuk mengeksport ke luar produk mereka serta memastikan sektor penternakan menghasilkan bekalan yang cukup untuk keperluan rakyat, dan ini termasuk menjamin bantuan yang lebih besar dan bersasar, terutamanya kepada pengusaha tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat NACCOL Bilangan Empat untuk tahun 2022 yang turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Menteri yang berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara.

Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai tertinggi kerajaan dan agensi kerajaan diketuai oleh Gabenor Bank Negara serta Ketua-ketua Setiausaha kementerian.

Anwar berkata, ketika ini isu bekalan menjadi tumpuan utama kerajaan kerana kekurangan bekalan akan memberi dampak yang buruk. 

Justeru katanta, Kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneliti kaedah campurtangan kerajaan di peringkat pengguna.

“Mesyuarat NACCOL telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar dan beberapa ikhtiar telah disyorkan. Perkara ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan Kabinet akan membuat keputusan esok,” katanya.

Mesyuarat yang diadakan itu adalah bagi membincangkan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu.

Menerusi mesyuarat khas itu beliau telah memberikan masa selama dua minggu kepada kementerian terbabit untuk membentangkan semula kertas yang komprehensif setelah mengadakan sesi libat urus dengan pihak yang terlibat.

Menurutnya, negara mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan.

“Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10 peratus dari angka itu yakni saty juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih dari 50 peratus subsidi elektrik.

“Jabatan-jabatan kerajaan mesti merangka serta membangun wahana yang bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambilkira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan kebijakan ini,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular