Malaysia Sovereign Strategic – Oshkosh Defense tandatangani perjanjian kerjasama untuk tender AWV Mindef

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 32 Second

KUALA LUMPUR — Syarikat pertahanan Malaysia Sovereign Strategic (Sarawak) Sdn Bhd (Sovereign Strategic) baru- baru ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Gergasi industri pertahanan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Oshkosh Defense (Oshkosh) untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam tender membekalkan  Kenderaan Berperisai (AWV) baharu bagi keperluan Kementerian Pertahanan (Mindef) Malaysia. 

Menurut sumber industri,  Kementerian Pertahanan akan memulakan tender perolehan membekalkan kenderaan berperisai bagi menggantikan kenderaan yang di dalam milikan Tentera Darat Malaysia yang kini berusia lebih 40 tahun. 

Tentera Darat Malaysia juga dikatakan baru-baru ini turut memuktamadkan penilaian teknikal yang komprehensif terhadap AWV di AS untuk memastikan keupayaan tempur dan kelayakan untuk memenuhi keperluan pembekalan tender. 

Dalam satu kenyataan, Ezra Effendi, pengarah urusan kumpulan Sovereign Strategick iaitu sebuah  bertaraf bumiputera Sarawak dimana syarikat tersebut telah menjalinkan usaha sama dengan salah satu syarikat pertahanan terbesar di  Afrika Selatan, Sandock Austral Group (Sandock), dimana peluang ini jarang berlaku dan akan memberi manfaat besar kepada negara.

Katanya, Syarikat-syarikat Malaysia kini berjaya mencapai kemajuan sebenar, tetapi ianya satu perjalanan yang masih jauh dan banyak yang perlu dipelajari. Perolehan yang begitu besar ini merupakan peluang yang jarang berlaku untuk membawa sebanyak mungkin teknologi canggih dan pembuatan sains kembali ke Malaysia. Apa yang boleh membawa manfaat terbesar kepada Malaysia, dan di mana untuk mencari Teknologi Pertahanan yang paling maju di dunia, tanpa ragu-ragu, iaitu AS. 

Menjawab mengenai bagaimana Tentera Darat Malaysia akan mendapat manfaat daripada tawaran Oshkosh JLTV, Naib Presiden (Antarabangsa) Oshkosh John M. Lazar berkata: “Konsep Tentera AS – memastikan bahawa anggota Perangnya mempunyai setiap kelebihan dari segi kualiti dan teknologi bila-bila masa atau di mana sahaja mereka dipanggil ke Medan Perang. Tidak ada contoh yang terbukti lebih baik daripada JLTV 4×4 dari segi keupayaan tempur, teknologi, dan kejuruteraan. Kami ingin menawarkan keupayaan yang sama kepada anggota Perang Malaysia.

Sovereign Strategic dan rakan usaha samanya Sandock sebelum ini mengeluarkan dan menyerahkan lebih 1,300 unit salah satu kenderaan AWV 6×6 yang terbukti paling berjaya di dunia – “Ratel” – ke 13 buah negara yang berbeza.

Sandock juga merupakan limbungan kapal tentera laut terbesar di Afrika Selatan, dan benua Afrika.

Menurut Ezra Effendi, Sovereign Strategic, sebagai pembida utama, bersama-sama dengan Oshkosh akan mencadangkan ToT dan pembangunan perindustrian tempatan yang menawarkan ICV bernilai berbilion ringgit (ICP Credit Value) untuk memberi manfaat bukan sahaja kepada Sovereign Strategic dan rakan kongsinya tetapi banyak pemain industri pertahanan tempatan yang lain.

ICV adalah syarat wajib yang dikenakan ke atas semua kontraktor melalui “Program Kerjasama Industri” (ICP) seperti “offset” (mengimbangi) dan “counter-trade” (kaunter dagangan).

Tambah Ezra Effendi, kebiasaanya, semua manfaat perolehan telah disalurkan kepada pembida utama tunggal, tetapi dalam kes ini, akan ada banyak peluang bagi pemain industri Pertahanan bersaiz kecil dan sederhana lain untuk mengambil bahagian dalam tawaran Sovereign dan Oshkosh ToT dan Industrialisation.

Kenderaan Taktikal Ringan Bersama Oshkosh (JLTV) 4×4 dianggap AWV paling ringan di dunia, ianya dipilih untuk menggantikan kenderaan ‘Humvee’ untuk Tentera AS melalui kontrak bernilai AS$6.7 bilion (RM26.4 bilion) yang diberikan pada 2015 kepada Oshkosh dan syarikat terbabit telah menyerahkan lebih 18,500 kenderaan setakat ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *