HomeUtamaBekalan elektrik telah disambung semula di perumahan SFI Sipitang - Dr Yusof

Bekalan elektrik telah disambung semula di perumahan SFI Sipitang – Dr Yusof

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Oleh NORMIMIE DIUN

SIPITANG: Penghuni perumahan Sabah Forest Industries (SFI) yang terkesan dengan pemotongan bekalan elektrik di kawasan perumahan mereka semalam, telah disambungkan semula oleh Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) pada pagi tadi. (14 Dis)

Prihatin dengan keadaan pekerja dan ahli keluarga yang tinggal di perumahan SFI, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob telah mengutus surat rayuan kepada SESB supaya menyambung semula bekalan elektrik ke perumahan SFI pada hari ini.

Dr Yusof ketika dihubungi Sabah Media hari ini berkenaan masalah yang dihadapi oleh penghuni perumahan SFI, beliau berkata sudahpun menghantar surat rayuan kepada SESB.

Menurut isi kandungan surat tersebut;

“Adalah difahamkan bahawa perumahan SFI SIPITANG telah dipotong bekalan letrik dan sekali gus bekalan air juga terputus. Keadaan ini amat menyulitkan bagi pekerja SFI yang belum berpindah dari perumahan tersebut dan belum ada alternatif lain.

“Sebagai ADUN N35 SINDUMIN dari kawasan tersebut, saya bagi pihak pekerja SFI memohon supaya pemotongan ini ditunda hingga ke 15/01/23, iaitu setelah perayaan Krismas dan Tahun Baru 2023. Saya faham dengan bil yang tertunggak, tetapi sebagai rasa simpati dan belas kesihan dapatlah juga SESB menyumbang untuk perayaan Krismas ini.

“Selepas 15/01/23, tentu pekerja SFI dan pihak berwajib dapat memikirkan tindakan dan alternatif selanjutnya,” jelas surat Dr Yusof.

Dalam pada itu, Pengurus Cawangan SESB Sipitang Suhaibol Mohd Salleh memaklumkan kepada Dr Yusof bahawa penyambungan sementara bekalan elektrik di SFI telah disambung semula pada pagi tadi.

Terdahulu, lebih 2,000 pekerja serta ahli keluarga SFI terjejas apabila SESB memotong bekalan elektrik mereka berkuatkuasa semalam.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya