Sedia terima tindakan BERSATU di peringkat pusat – Fairuz

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Fairuz Renddan sedia untuk menerima sebarang tindakan daripada BERSATU diperingkat pusat.

Ini berikutan beliau bersama kepimpinan BERSATU Sabah mengumumkan untuk meninggalkan seterusnya keluar parti pada 10 Disember lalu.

“Apa-apa yang akan datang kita sedia. Seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri, kita keluar secara en-bloc.

“Jadi, apa sahaja tindakan daripada pusat, kita akan terima,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Masjid dan Surau Kariah Cemerlang, Anugerah Tokoh Imam serta Anugerah Kaunter Perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Wisma Majlis Ugana Islam Sabah (MUIS) di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Dalam pada itu, Mohd Arifin ketika diminta mengulas mengenai perkara sama, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *