HomeUtamaTiada kenaikan tarif elektrik - Anwar Ibrahim 

Tiada kenaikan tarif elektrik – Anwar Ibrahim 

Read Time:1 Minute, 44 Second

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan tarif elektrik bagi pengguna domestik serta industri kecil dan sederhana (IKS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya kerajaan memberi jaminan, kenaikan tarif elektrik tidak akan memberi kesan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerana ia hanya disasarkan untuk golongan kaya serta syarikat multinasional.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet hari ini, beliau memberitahu, maklumat terperinci mengenai kenaikan itu akan diumumkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Subsidi (elektrik) ini tidak akan diberikan kepada konglomerat multinasional gergasi tetapi (hanya) untuk PKS, syarikat pertanian dan pengeluaran makanan dan orang awam. Mereka tidak akan terjejas dengan kenaikan berkenaan.

“Ia juga akan dilakukan secara berperingkat dan munasabah, jadi kita tidak mengganggu pengeluaran dan perancangan perniagaan. Semua maklumat akan diumumkan menteri berkaitan,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan selama ini dibebankan dengan subsidi elektrik berjumlah RM30 bilion setiap tahun, tetapi majoriti penerima manfaat itu adalah golongan konglomerat gergasi dan kaya.

Sehubungan itu, kenaikan tarif elektrik akan dilakukan secara berperingkat oleh Putrajaya, khusus untuk golongan terbabit, bermula dengan syarikat multinasional yang terbabit dalam industri eksport produk ke luar negara.

Sementara itu,Menyentuh mengenai unjuran banjir yang akan berlaku, Timbalan Perdana Menteri. ( Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ) telah mempengerusikan mesyuarat dan akan terus memantau dan esok ke Kelantan bagi mengenalpasti masalah yang berlaku serta mengambil langkah awal.

” Jadi pendekatan kita ini agar berbeda, tidak tunggu sehingga banjir baru hendak mengambil tindakan, kita buat persiapan sebelum banjir katanya.

Mengulas lanjut mengenai kos sara hidup, Perdana Menteri berkata Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) telah menyerahkan laporan dan saranan berhubung isu kenaikan kos sara hidup yang menyelubungi rakyat, pasca COVID-19.

Berdasarkan laporan itu, Anwar mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menangani isu ketidakseimbangan sektor pasaran pertanian.

“Saya telah mengarahkan FAMA untuk memberi laporan penuh bagi mengatasi masalah ini.

“Sebagai contoh, tahun lalu, ada berlaku masalah besar untuk petani di Cameron Highlands yang terpaksa melupuskan produk mereka kerana berdepan masalah ketiadaan pembeli dan pengangkutan (untuk mengambil dan menghantar pesanan),” katanya, merujuk kepada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu ketika dahulu katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bidang pendidikan, modal insan keutamaan kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular