HomeUtamaSemangat MA63 akan terus diberi keutamaan - Anwar

Semangat MA63 akan terus diberi keutamaan – Anwar

Read Time:1 Minute, 54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan terus mengutamakan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hal berkaitan kewangan yang menjadi isu besar di Sabah dan Sarawak.

Jaminan itu telah disuarakan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg.

“Saya ingat pertama kali dalam isu yang khusus mengambil kira semangat Perjanjian Malaysia 1963, dan juga beberapa pertimbangan khusus bagi pembangunan dan prinsip dasar yang menyentuh Sabah dan Sarawak.

“Saya juga beri perakuan kepada Premier Sarawak (Abang Jo) dan Ketua Menteri Sabah (Hajiji), hal-hal yang telah disepakati, yang tidak boleh dirungkai, mana yang boleh dilaksanakan, saya beri tempoh satu bulan.

“Dan saya ingin menyebut hal menyangkut kewangan juga jadi isu besar di Sabah dan Sarawak, soal kuasa meluluskan projek dan juga pengiktirafan kepada tenaga jentera di Sabah dan Sarawak, itu dah disiapkan Kementerian Kewangan, dan diserahkan kepada TPM Fadilah untuk pengerusi dan angkat semula kepada saya, untuk diangkat pada mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas, menyempurnakan Majlis Menandatangani Pemuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan, di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Permuafakatan itu turut ditandatangani Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Openg, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

Anwar turut yakin bentuk sokongan yang diberikan akan dapat menjamin kestabilan Kerajaan bagi tempoh lima tahun seterusnya.

“Jika anda lihat apa yang disentuh dalam perjanjian ini, perundingan yang rumit untuk mencapai persefahaman. Jadi komitmen masing-masing ialah untuk menyokong kerajaan yang stabil, dan diharapkan sehingga tamat tempoh (Parlimen).

“Sekurang-kurangnya saya sudah bertemu dengan kesemua pemimpin parti, dan saya amat berpuas hati. Saya letakkan kepercayaan dalam rundingan ini. Dan kami semua bersetuju berdasarkan parameter dan polisi yang luas untuk memastikan kerajaan stabil,” katanya.

Tambahnya, mereka semua sedia maklum tiada satu pun gabungan parti yang dapat membentuk kerajaan sendiri, maka kerajaan hari ini tertubuh atas nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

“Jadi ia memang sesuatu yang masuk akal. Jadi kami semua perlu mencapai persefahaman berdasarkan prinsip dan polisi bersama, jadi tiada sebab untuk kami bercakap tentang perpecahan dan permasalahan (buat masa ini),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Patuhi peraturan, pandu dengan baik ketika musim perayaan – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular