HomeSukanAzizulhasni raih emas di Melbourne

Azizulhasni raih emas di Melbourne

Read Time:44 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, hari ini.

Pada perlumbaan di Pusat Sukan Antarabangsa Darebin, Azizulhasni, yang telah menjalani pembedahan jantung, April lalu, menewaskan pelumba Kelab Berbasikal Blackburn, Sam Gallagher, di final.

Terdahulu itu, Azizulhasni mencatatkan masa 9.766 saat pada pusingan kelayakan sebelum menyingkirkan pelumba New Zealand, Sam Dakin, dalam saingan separuh akhir.

Dalam catatan Instagramnya, katanya, beliau tidak menjangkakan persembahan yang baik dalam acara tersebut.

“Saya sangat terkejut kerana melakukan masa yang baik pada pusingan kelayakan. Saya berasa baik pada pusingan akhir, hanya melakukan kayuhan biasa sahaja dan menang dengan selesa,” katanya .

Pelumba bergelar ‘The Pocket Rocketman’ masih mempunyai peluang menambah kilauan emas apabila bakal bersaing dalam acara kegemarannya, keirin, perlumbaan 1 kelas UCI. -BERNAMA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular