HomeUtamaDr. Sirhajwan Idek Terima Anugerah Ikon Belia Karismatik Negara

Dr. Sirhajwan Idek Terima Anugerah Ikon Belia Karismatik Negara

Read Time:1 Minute, 59 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Dr. Sirhajwan Idek, guru bahasa Inggeris Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah dipilih sebagai penerima Ikon Belia Karismatik kebangsaan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang diumumkan di majlis Anugerah Perdana Belia Negara pada Sabtu. (17 Dis)

Anugerah tersebut merupakan salah satu daripada 15 anugerah yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, di Hotel Sama-Sama, Sepang, untuk mengiktiraf pencapaian golongan belia di Malaysia.

Dr Sirhajwan menerima wang ringgit berjumlah Ringgit Malaysia 10,000, trofi dan sijil. Beliau telah melalui proses pemilihan dan penilaian daripada 20 calon yang telah disenarai pendekkan dari ratusan permohonan sebelum mara ke peringkat tiga finalis terbaik dan akhirnya diumumkan sebagai pemenang.

Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibet Sabin berkata, Dr. Sirhajwan menerima pengiktirafan ini atas sumbangannya dalam pelbagai aspek bidang pendidikan. Sejak tahun 2016, beliau telah melatih dan mengurus hampir 500 para pelajarnya untuk membentang projek mereka di pertandingan inovasi dan persidangan secara bersemuka dan dalam talian.

“Ramai diantara pelajar ini yang telah berjaya mendapat anugerah dan geran.
Selain itu, beliau juga telah berjaya membudayakan amalan seni dengan membimbing lebih 200 pelajar dalam bidang seni persembahan, penulisan dan visual dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantara sejak penghujung tahun 2020.

“Dia sentiasa membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas di kolej itu untuk menyertai pertandingan bahasa dan inovasi. Ramai pelajar-pelajar yang dibimbing oleh Dr. Sirhajwan yang telah berjaya menempa nama di persada antarabangsa seperti Alesyah Asa yang merupakan 10 finalis terbaik Global Student Prize pada tahun 2022 dan Zurainnizah Omar yang berjaya meraih anugerah melalui OD Impact Challenge pada tahun yang sama.

“Dia juga sering melaksanakan bengkel inovasi dan amalan terbaik di sekolah-sekolah di Sabah dan di negeri-negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Johari turut meluahkan rasa gembira dengan pengiktirafan itu kerana ianya mampu memberi platform kepada Dr. Sirhajwan untuk memperluaskan lagi usaha murninya membantu memartabatkan pendidikan negara ini.

Sementara itu, Dr Sirhajwan berkata, beliau berharap agar dapat memperluaskan usaha mendidik golongan muda untuk menjadi “Triple Threat”.

“Harapan saya adalah agar dapat memperluaskan usaha mendidik golongan muda untuk menjadi “Triple Threat” iaitu penyelidik, perekacipta, usahawan (researcher, innovator & entrepreneur) yang bukan sahaja menempah kerjaya yang murni malah membantu menyelesaikan masalah- masalah serta isu-isu yang dialami oleh komuniti,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya