HomeIsu tempatane-Pembelajaran diperkasa pastikan pendidikan inklusif, berkualiti tinggi

e-Pembelajaran diperkasa pastikan pendidikan inklusif, berkualiti tinggi

Read Time:2 Minute, 9 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU :Sistem e-pembelajaran dalam ekosistem universiti giat diperkasa sebagai usaha bagi memastikan pendidikan inklusif dan berkualiti tinggi dapat dicapai oleh semua golongan masyarakat melalui pembelajaran sepanjang hayat.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, ini sejajar dengan misi UMS dalam membantu perkembangan intelektual, sosial dan ekonomi pemegang taruh UMS, iaitu para pelajar dengan memupuk persekitaran pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.

“Usaha ini dicapai dengan melengkapkan para warga kerja universiti dengan pengetahuan dan pengalaman terhadap kemudahan teknologi terkini.

“Sistem SmartV3 UMS misalnya terbukti menjadi tunjang kepada ekosistem pembelajaran teradun ketika pandemik apabila bertindak sebagai platform interaksi di antara pensyarah dan pelajar sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Majlis Perasmian Simposium Pembelajaran Teradun Gantian dan Pelancaran ITEL (Interactive, Innovative, Technology-Enable Learning) 4.0 di Galeri Majlis, UMS.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail.

Mengulas lanjut, katanya pelancaran ITEL adalah naik taraf kepada  sistem e-pembelajaran yang ada pada masa ini dengan penambahan pelbagai ciri baru dan lebih interaktif sebagai menyokong pembelajaran pada tahun-tahun mendatang.

Kasim turut memberitahu UMS menyokong visi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam mempromosikan saluran pendidikan percuma dan boleh diguna semula termasuk bahan pengajaran dan pembelajaran yang dimuatkan dalam UMS Open Educational Resources (OER) Repository.

“UMS telah menjalinkan kerjasama dengan Commenwealth of Learning (COL) dan UNESCO bagi pelakanaan program-program Massive Open Online Courses (MOOC) dan OER.

“Kerjasama dengan COL yang dimeterai sejak 2018 banyak memanfaatkan UMS, antaranya COL banyak membantu dalam kajian dan merangka polisi berkaitan repositori OER di UMS, serta reka bentuk dan penghasilan MOOC di UMS,” katanya.

Beliau menambah, Pembelajaran Teradun Gantian yang dilaksanakan juga adalah bagi memupuk kreativiti dengan menawarkan persekitaran pembelajaran atas talian yang lebih kondusif untuk semua.

“Justeru itu, saya menyeru para ahli akademi dan kakitangan pentadbiran untuk menyokong pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di UMS.

“Platform ini akan menyokong usaha universiti dalam mendapatkan pengiktirafan global dalam bidang pengajaran dan penyelidikan,” ujar Kasim.

Pada majlis tersebut, Rasid turut menyampaikan sijil Pencapaian 5 Bintang dalam Pembelajaran Teradun kepada jabatan dan fakulti, sijil penghargaan kepada koordinator e-pembelajaran, dan sijil Mydigital Educator 2021 kepada penerima.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh; Pengarah PEP, Prof. Dr. Fong Soon Fook; Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik, Dr. Denis Andrew D. Lajium; dan Timbalan Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Effendy Hadis. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya