HomeUtamaArca pasir Kad Ucapan Hari Natal, curi tumpuan pengunjung

Arca pasir Kad Ucapan Hari Natal, curi tumpuan pengunjung

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebuah arca pasir dibina berkonsepkan perayaan Hari Natal mencuri tumpuan pengunjung yang datang beriadah di pesisir pantai Tanjung Aru dekat sini.

Benjamin sedang mengukir arca pasir lambang perayaan Hari Natal di tepi pantai Tanjung Aru.

Pengukir arca pasir Benjamin David, 62, yang juga dikenali Mr Sandman berkata, arca pasir itu dibina adalah sebagai tanda kad ucapan Hari Natal khusus untuk saudara mara, rakan-rakan serta netizen yang meraikan.

“Pada tahun ini saya merasa penuh kegembiraan dan berpuashati kerana dapat menyumbang arca pasir yang melambangkan perayan hari Natal sebagai kad ucapan khusus untuk saudara mara, rakan-rakan serta serta netizen yang meraikan.

“Selain mempromosikan dan menarik ramai para pengunjung untuk datang ke pantai Tanjung Aru melakukan aktiviti riadah sambil menikmati keindahan suasana pantainya ,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Pengunjung merakamkan gambar kenangan berlatar belakangkan arca pasir perayaan Hari Natal.

Menurut Benjamin, beliau menyiapkan arca pasir tersebut selama dua hari bermula 16 Disember lalu dan akan datang semula ke lokasi berkenaan untuk membaiki mana-mana yang perlu bagi mengekalkan arca itu sehingga Hari Natal.

Benjamin yang juga seorang pesara kerajaan, berasal dari Kinarut itu turut meluahkan rasa agak sedih kerana tidak dapat bersama anak-anak meraikan Hari Natal pada tahun ini disebabkan komitmen kerja di luar negeri.

“Pada Krismas tahun ini anak-anak berada di luar negeri dan walaupun tidak dapat bersama disebabkan komitmen serta tugas namun seorang cucu ada bersama kami untuk meraikan Hari Natal tahun ini disamping berkunjung ke rumah saudara,” ujarnya.

Bagaimanapun, harapan beliau agar perayaan Krismas tahun ini diraikan bersama-sama oleh semua lapisan masyarakat dengan penuh keriangan dan perpaduan.

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan Sabah 2025 : Sektor perindustrian, keusahawan turut diberi perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular