HomeSukanKim Swee dilantik sebagai Pengurus Pasukan Sabah FC

Kim Swee dilantik sebagai Pengurus Pasukan Sabah FC

Read Time:53 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Sabah FC semalam mengumumkan perlantikan ketua jurulatih kelab itu Datuk Ong Kim Swee sebagai pengurus pasukan yang baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan menerusi hantaran pada akaun Facebook rasmi Sabah FC.

Penghujung musim lalu, Kim Swee dilantik sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC dan berjaya membawa kelab itu berada di kedudukan ketiga Liga Super 2022.

Pengumuman itu merupakan penstrukturan jawatan bagi kelab berkenaan menjelang musim 2023.

Sabah FC turut mengumumkan perlantikan Ahmad Marzuki Nasir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab yang baharu.

Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC sebelum ini dipegang oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar yang kini telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya.

Firdaus sebelum ini telah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kelab berkenaan selama dua musim.

Selain berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super 2022, Sabah FC juga sah beraksi di pentas Piala AFC 2023 selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2022 baru-baru ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya