HomeUtamaDewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion 

Dewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion 

Read Time:1 Minute, 10 Second

PARLIMEN – Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan bajet operasi sementara bernilai RM55.96 bilion.

Bajet mini dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga menteri kewangan, itu diluluskan melalui undian suara selepas bacaan kedua dan ketiga.

Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran perbelanjaan pembangunan sementara 2023, Anwar berkata, tanpa kelulusan bajet sementara itu, kerajaan tidak dapat berfungsi.

Selain itu, katanya, perkhidmatan asas seperti bekalan ubat di hospital, pemberian makanan di sekolah, bantuan kebajikan serta pelbagai bantuan lain juga tidak dapat disediakan.

Tambahnya, beliau akan membentangkan semula Bajet 2023 pada Februari depan.

“Sudah tentu kerajaan perpaduan akan membentangkan Belanjawan 2023 yang lebih baik dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan memperkukuh prestasi ekonomi,” katanya.

Pada 24 Nov, Anwar memaklumkan bahawa kerajaan akan membentang RUU bajet mini pada pembukaan sidang pertama Parlimen Ke-15, meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan, khususnya gaji penjawat awam.

Dalam pada itu, Anwar menerusi Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 mencadangkan dana bernilai RM55,959,213,200 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, perbelanjaan segera itu bagi maksud yang dinyatakan dalam penyata sementara, dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022.

“Jumlah wang berkenaan dalam ruang tiga dan empat penyata itu bertentangan dengan maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata ini adalah diuntukkan bagi perbelanjaan sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular