HomeIsu tempatanFestival Tari Malaysia 2022 beri ruang penggiat seni tari berkarya

Festival Tari Malaysia 2022 beri ruang penggiat seni tari berkarya

Read Time:1 Minute, 30 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Festival Tari Malaysia 2022 peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari di Istana Budaya berakhir semalam berupaya memberi ruang dan kemudahan kepada penggiat seni tari untuk berkarya.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mesran Mohd Yusop berkata, festival itu juga memberi peluang kepada koreografer dan penari mempelajari serta mempamerkan persembahan berkualiti dan bermutu tinggi.

Katanya, program itu juga antara lain bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang koreografi dan seni tari serta membantu dalam menyemarakkan seni dan budaya di Malaysia.

“Festival ini juga dapat memberikan kesedaran dan tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembangkan budaya bangsa serta pembinaan keperibadian di kalangan masyarakat melalui seni tari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pratama Legacy dibawah koreografer Achai Kiran telah dinobatkan sebagai johan Festival Tari Malaysia Peringkat negeri Sabah yang telah di adakkan pada 4 September lalu sekaligus terpilih mewakili Sabah ke Festival Tari Malaysia 2022 peringkat Kebangsaan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Keyakinan dan semangat yang berkobar-kobar untuk membawa kejayaan kepada negeri Sabah itu bagaikan pencetus semangat 13 orang anak muda yang berentap di peringkat kebangsaan, akhirnya membuahkan hasil yang sangat membanggakan.

Hasil garapan dan juga susun atur gerak tari oleh koreografer Achai Kiran membuatkan para juri profesional memilih Pratama Legacy yang mewakili negeri Sabah diangkat sebagai johan untuk edisi tahun ini.

Sebanyak lapan kumpulan telah terpilih dari seluruh Malaysia untuk berentap di peringkat akhir.

Kumpulan Nyala Dance telah dinobatkan sebagai penyandang Naib Johan manakala Tempat Ketiga oleh kumpulan Akar Seni Malaysia.

Achai Kiran turut dianugerahkan Koreografer terbaik bagi kategori tarian etnik kreatif.

Kejayaan anak muda negeri Sabah ini membuktikan bahawa Sabah memiliki keunikan dan semangat cintakan warisan khazanah yang tinggi.

Kumpulan ini telah banyak memenangi pertandingan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya