UMS cemerlang dalam RoboNeo 2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menunjukkan pencapaian cemerlang pada RoboNeo 2022 yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Pertandingan yang disertai kira-kira 150 peserta menyaksikan peserta UMS muncul tempat pertama bagi kategori RoboNeo – Penjejak (Tracer) terbuka.

Kemenangan itu diperoleh melalui pelajar Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Koo Jin Chu. Dalam pada itu UMS turut meraih kesemua tempat pertama hingga ketiga bagi kategori RoboNeo – Menangkap Bendera (Capture the Flag).

Tempat pertama dimenangi Mohammad Helmi Mohamad Sayono, tempat kedua Muhammad Mazwan Saidul Fikrie Madzani @ Saidie, manakala tempat ketiga disandang Mohd Fauzan Kassim.

Kesemua mereka merupakan pelajar Fakulti Komputeran dan Informatik UMS.

Untuk rekod, Pertandingan RoboNeo 2022 yang berlangsung selama dua hari merupakan acara robotik anjuran Kinabalu Coders dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.

Acara tahunan yang diadakan sejak 2014 itu antara lain bertujuan mempromosikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada masyarakat Malaysia khusus penduduk di Sabah.

Penganjurannya kali ini turut diadakan dengan kerjasama Politeknik Kota Kinabalu, Kolej Komuniti Papar dan Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC).

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan dan Pembudayaan Sains KSTI Musleha Khairunisa Muluk mewakili Menteri KSTI Datuk Haji Yakubah Khan. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *