HomeUtama11 barang kawalan diwartakan sempena Krismas

11 barang kawalan diwartakan sempena Krismas

Read Time:1 Minute, 36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 jenis barangan telah diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Krismas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tempoh pelaksanaan skim tersebut berkuatkuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember ini.

Katanya, tempoh pelaksanaan skim itu adalah selama lima hari iaitu dua hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.

Sejumlah 11 jenis barangan tersebut adalah ayam tua hidup, kepak ayam, daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import, lobak merah, dan ubi kentang import.

Tiga lagi barangan ialah babi hidup, daging babi (perut), dan daging babi (daging dan lemak) yang dikawal di Sarawak, Sabah, dan Labuan.

“Objektif kepada pelaksanaan ini bagi pastikan tidak ada mana-mana pihak melakukan pencatutan harga, dan seterusnya pastikan barang-barang keperluan rakyat dalam keadaan stabil,” katanya lagi.

“Kita telah adakan libat urus dengan pihak berkepentingan, demi memastikan jaminan tentang kecukupan bekalan, dan saya harap dengan adanya Operasi Terjah yang saya lancarkan pada 16 Disember lepas, ia sangat membantu kerana pegawai kita di semua peringkat dapat memantau dengan penuh tanggungjawab sepanjang Krismas.

“Kita juga dapat memastikan semua rakyat dapat beli barangan, serta mewujudkan kestabilan di pasaran. Dengan harga yang ditetapkan ini, (diharap) rakyat ada sedikit kegembiraan dalam menyambut perayaan,” katanya.

Berdasarkan senarai yang boleh didapati di laman web KPDN, perbezaan antara harga kawalan runcit dan harga semasa bagi sebelas barangan tersebut adalah antara RM1 ke RM8.

Dalam pada itu, Salahuddin berharap agar semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan mengunakan label merah jambu bagi barangan tersebut.

“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti yang telah ditetapkan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya