Saya akan main peranan pastikan Hak Sabah dibawa ke Kabinet Persekutuan – Ewon

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengulangi komitmennya untuk memastikan Hak Sabah dibawa ke Kabinet Persekutuan.

Beliau berkata, ini penting kerana tanpa dibincangan dan dimuktamadkan dalam kabinet, ia tidak memberi keharmonian kepada hubungan antara dua wilayah iaitu Semenanjung dengan wilayah Borneo.

“Ini juga penting sebab hubungan ataupun keharmonian antara wilayah ini boleh membentuk kestabilan politik. itu sebabnya kita mengalu-alukan penglibatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Tanpa Sabah tidak akan ada Malaysia, kita membentuk negara ini melalui Perjanjian Malaysia 1963.  Kerajaan Perpaduan mempunyai tanggungjawab besar untuk deliver perjanjian ini kepada rakyat Sabah, Sarawak dan juga rakyat kita di Semenanjung berasaskan kepada perjanjian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Bicara Naratif, di RTM, di sini baru-baru ini.

Ewon berkata, beliau bukan hanya memberi tumpuan kepada hal-hal berkaitan pembangunan keusahawan dan koperasi di seluruh negara tetapi juga akan terus memperjuangkan hak-hak Sabah dalam perjanjian Malaysia.

“Dalam perlembagaan, contohnya Hak Sabah ke atas 40 peratus hasil persekutuan di Sabah itu mesti diserahkan kepada rakyat Sabah.

“Ini antara tanggungjawab saya sebagai satu daripada dua menteri dari Sabah yang dilantik dalam kabinet persekutuan,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *