HomeUtamaLapan negeri terjejas banjir

Lapan negeri terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Peningkatan jumlah negeri yang dilanda banjir sehingga jam 10 pagi tadi telah bertambah sebanyak lapan buah negeri berbanding hanya lima buah negeri sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata, peningkatan negeri terjejas banjir kali ini membabitkan Selangor, Sarawak dan Sabah.

Katanya, sebanyak tujuh buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah di buka mengikut daerah terjejas.

“Di Selangor, sebanyak dua PPS sudah dibuka di daerah Petaling dan Kuala Selangor untuk menempatkan seramai 57 mangsa yang terdiri daripada 18 ketua isi rumah (KIR).

“Seterusnya, di Sarawak, tiga PPS membabitkan daerah Bau dan Kuching dibuka kepada 104 mangsa dengan 28 (KIR).

“Di Sabah, dua PPS disediakan membabitkan satu daerah (Pitas) dan menempatkan 222 mangsa banjir yang terdiri daripada 37 (KIR),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat akan terus melihat aspek penyelarasan agar ianya dapat diperkemas bagi memastikan semua negeri terlibat tidak berhadapan masalah daripada sebarang aspek sama ada logistik mahupun sumber manusia.

Katanya, pengurusan banjir di daerah bagi ketiga-tiga negeri masih berada pada tahap satu iaitu di bawah kawal selia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) masing-masing.

“Namun, PKOB Pusat yang beroperasi 24 jam akan sentiasa memantau dan bersedia untuk sebarang pendekatan intervensi sekiranya diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Armizan berkata, sehingga kini sebanyak tujuh Siri Amaran Hujan Berterusan sudah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysi (METMalaysia) semenjak bermulanya MTL2022/2023 pada 7 November lepas.

Katanya, Siri Amaran ketujuh masih lagi berkuat kuasa dan luruan monsun (monsoon surge) kedua yang bermula 17 Disember dijangka berterusan sehingga 26 Disember ini.

“Tambahan, bermula hari ini, menurut ramalan MET Malaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan.  Justeru itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my.

“Atau maklumat cuaca terkini MET Malaysia, melalui laman web rasmi Jabatan www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

“Untuk maklumat lanjut berhubung kejadian bencana di seluruh negara, sila layari; portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan, facebook @Agensi Pengurusan Bencana Negara dan twitter @NADMA Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIALa

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular