HomeUtamaMangsa fenomena air pasang, banjir di Sabah meningkat, jumlah terkini 829...

Mangsa fenomena air pasang, banjir di Sabah meningkat, jumlah terkini 829 orang

Read Time:58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa fenomena air pasang dan banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah merekodkan peningkatan sehingga jam 4 petang tadi menjadikan jumlah terkini mangsa yang terjejas adalah seramai 829 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS yang dibuka sehingga kini juga masih kekal sebanyak lapan buah PPS.

“Di PPS Dewan Kampung Mempakad Pitas, jumlah mangsa yang ditempatkan kekal 163 mangsa melibatkan 35 ketua isi rumah (KIR) dan di PPS Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan pula meningkat kepada 218 mangsa melibatkan 44 KIR.

“PPS Dewan Terbuka Kampung Salimpodon kekal dengan 13 mangsa; PPS Gereja SIB Kampung Luntuk (79 mangsa) dan PPS Dewan Terbuka Kampung Rosob (156 mangsa).

“Manakala di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan Pitas pula menurun kepada 32 mangsa melibatkan 10 KIR,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Bagi daerah Kota Belud yang menempatkan mangsa banjir adalah di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa meningkat kepada 123 mangsa melibatkan 34 KIR.

Di PPS Dewan Muhibbah Sembulan pula kekal menempatkan seramai 45 mangsa fenomena air pasang melibatkan 14 KIR. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular