HomeUtamaMangsa fenomena air pasang besar, banjir di Sabah meningkat kepada 1,363...

Mangsa fenomena air pasang besar, banjir di Sabah meningkat kepada 1,363 orang

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa fenomena air pasang besar dan banjir yang dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah terus mencatat peningkatan seramai 1,363 orang setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa yang terdiri dari 316 ketua isi rumah (KIR) itu adalah melibatkan empat buah daerah di negeri ini.

Antara daerah terlibat ialah Pitas; Kota Belud; Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Sehingga jam 4 petang tadi, daerah Pitas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 721 mangsa melibatkan 163 KIR dan Kesenian mangsa ditempatkan di enam buah PPS.

“Antaranya ialah di Dewan Kampung Mempakad (163 mangsa) dan Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan (277 mangsa).

“Selain itu, seramai 13 mangsa masih ditempatkan di Dewan Terbuka Kampung Salimpodon; Gereja SIB Kampung Luntuk (79 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Rosob (156 mangsa) dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan (33 mangsa),” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, bagi daerah Kota Belud, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS masih kekal seramai 212 mangsa melibatkan 77 KIR.

Manakala di Kota Kinabalu juga masih kekal mencatatkan jumlah mangsa fenomena air pasang besar iaitu seramai 54 mangsa melibatkan 15 KIR.

“Di Kota Belud, sebanyak dua PPS yang aktif dibuka iaitu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Chung Hwa (150 mangsa) dan Dewan SK Pekan (62 mangsa).

“Manakala di Kota Kinabalu hanya terdapat satu PPS yang aktif iaitu di Dewan Muhibbah Sembulan yang menempatkan seramai 54 mangsa,” katanya.

Trend semasa situasi banjir dan air pasang besar pada masa ini masih menunjukkan peningkatan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya