HomeUtamaTentera Darat bersama agensi keselamatan hulur bantuan di Kampung Mempakad Laut

Tentera Darat bersama agensi keselamatan hulur bantuan di Kampung Mempakad Laut

Read Time:47 Second

PITAS: Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia( APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berkerjasama membantu merobohkan sebuah rumah bertempat di Kampung Mempakad Laut dekat sini, hari ini.

Seramai 20 anggota dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) telah digerakkan bagi membantu kerja-kerja perobohan rumah tersebut bagi mengelakkan kemusnahan kepada 13 buah rumah yang lain di perkampungan tersebut.

Menurut satu kenyataan media hari ini, keputusan bagi merobohkan rumah tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Bencana yang dilaksanakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pitas semalam.

Kampung Mempakad terjejas akibat fenomena air pasang besar dan ombak besar pada 23 Dis yang lepas mengakibatkan 13 buah rumah musnah dan 53 yang lain rosak.

Katanya, bantuan sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pengukuhan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam” yang menekankan aspek menjalin hubungan kerjasama di antara organisasi dan agensi awam dalam menangani isu dan krisis yang melanda negara.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya