HomeUtamaPindah kuasa kawal selia bekalan gas satu langkah kesediaan Kerajaan Persekutuan realisasi...

Pindah kuasa kawal selia bekalan gas satu langkah kesediaan Kerajaan Persekutuan realisasi MA63

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas ke negeri ini dilihat sebagai satu kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk menyerahkan hak-hak Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu juga merupakan antara yang diperjuangkan selama ini bagi memastikan hak-hak rakyat Sabah menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditunaikan.

“Kita berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana inilah yang kita perjuangkan selama ini untuk memastikan bahawa hak-hak kita dalam MA63 itu dapat ditunaikan.

“Justeru Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah pun menunjukkan kesediaan mereka untuk menyerahkan hak-hak kita kepada negeri Sabah dan juga negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas 2022 Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka di sini hari ini.

Hajiji berkata, perkara-perkara itu juga telah lama diperjuangkan oleh para pemimpin terdahulu termasuklah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Presiden PBS.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

“Dan pada 10 Januari depan kita akan mengadakan satu Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menerima penyerahan kawal selia gas ini ke Sabah,” katanya.

Rabu lalu, Kerajaan Persekutuan memutuskan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah dipindahkan kepada kerajaan negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat kabinet Rabu lalu.

“Tarikh pelaksanaannya masih menunggu kelulusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Menurutnya, keputusan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memartabatkan MA63. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya