HomeUtamaMangsa air pasang, banjir di Sabah menurun, satu PPS ditutup

Mangsa air pasang, banjir di Sabah menurun, satu PPS ditutup

Read Time:1 Minute, 9 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Bilangan mangsa air pasang besar dan banjir di tiga buah daerah di negeri ini berkurangan kepada 1,589 orang setakat jam 8 pagi tadi selepas satu pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang terlibat adalah terdiri daripada 355 ketua isi rumah (KIR) di tiga daerah iaitu Pitas; Kota Belud dan Sandakan.

“Pada ketika ini, Pitas kekal menjadi daerah tertinggi mencatatkan jumlah mangsa iaitu seramai 768 orang daripada 177 KIR.

“Semua mangsa yang terlibat ditempatkan di enam buah PPS antaranya Dewan Kampung Mempakad (163 mangsa); Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan (297 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Salimpodon (16 mangsa); Gereja SIB Kampung Luntuk (79 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Rosob (156 mangsa) dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan (57 mangsa),” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Manakala Sandakan menjadi daerah kedua mencatatkan jumlah mangsa yang terlibat dengan air pasang besar iaitu seramai 686 orang daripada 122 KIR.

Antara PPS yang dibuka di daerah itu ialah di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 menempatkan 686 mangsa daripada 122 KIR.

“Bagi daerah Kota Belud pula, mangsa banjir yang terlibat adalah seramai 135 orang daripada 56 KIR ditempatkan di dua PPS.

“Antaranya ialah di Dewan SK Pekan (62 mangsa) dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa (73 mangsa),”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya