HomeUtamaAngka mangsa air pasang besar di Sabah terus menurun, hanya satu PPS...

Angka mangsa air pasang besar di Sabah terus menurun, hanya satu PPS dibuka

Read Time:49 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa air pasang besar di Sabah terus mencatat penurunan kepada 688 mangsa daripada 121 ketua isi rumah (KIR) setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, semua mangsa yang sebelum ini ditempatkan di enam buah pusat penempatan sementara (PPS) di daerah Pitas telah diisytiharkan tutup sepenuhnya jam 4 petang tadi.

“Sehingga jam 8 malam tadi, hanya satu PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2 Sandakan yang menempatkan mangsa air pasang besar.

“Manakala di Pitas, semua PPS telah ditutup sepenuhnya petang tadi selain PPS di daerah Kota Belud juga diisytiharkan tutup pada hari ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, lebih 100 buah rumah dilaporkan roboh akibat dipukul ombak ketika fenomena air laut pasang besar yang berlaku di dua buah kampung.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lebih 200 mangsa dilaporkan turut terjejas melibatkan Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya