Kota Belud cadangan lokasi ILP kedua di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Kota Belud dipilih sebagai lokasi cadangan kedua mengwujudkan Institut Latihan Perindustrian (ILP) baharu di negeri ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapa Sakmud berkata, cadangan ini masih di peringkat awal memandangkan lokasi tersebut dilihat sesuai bagi menampung peningkatan bilang pelajar di ILP sedia ada.

Katanya, ketika ini hanya terdapat dua lokasi ILP iaitu di Kota Kinabalu serta di kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kewujudan lokasi baharu ILP itu nanti boleh menampung peningkatan jumlah pelajar membabitkan kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas serta Ranau.

“Mereka tidak perlu lagi belajar jauh sehingga ke Kota Kinabalu dan Labuan…Ini akan memberikan banyak keselesaan dalam kalangan pelajar nanti,” katanya di sini hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, ketika ini ILP Kota Kinabalu merupakan tumpuan utama pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Lebih membanggakan apabila hampir 100 peratus pelajar memperoleh peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di ILP.

“Kita mencadangkan agar lepasan ILP ini akan meneruskan pengajian di ILP pada peringkat Diploma, pada masa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *