HomeUtamaDua PPS ditutup, mangsa air pasang besar dan banjir di Sabah menurun

Dua PPS ditutup, mangsa air pasang besar dan banjir di Sabah menurun

Read Time:1 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Bilangan mangsa air pasang besar dan banjir di Sabah mencatat penurunan kepada 1,454 orang daripada 298 ketua isi rumah (KIR) selain dua pusat pemindahan sementara (PPS) diisytihar tutup hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, setakat jam 4 petang tadi, hanya dua daerah iaitu Pitas dan Sandakan masih merekodkan jumlah mangsa air pasang besar yang ditempatkan di tujuh buah PPS.

“Daerah Pitas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu 766 orang daripada 177 KIR yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.

“Semua mangsa yang terlibat di Pitas ditempatkan di enam buah PPS iaitu Dewan Kampung Mempakad (163 mangsa); Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan (297 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Salimpodon (16 mangsa); Gereja SIB Kampung Luntuk (79 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Rosob (156 mangsa) dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan (55 mangsa),” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Bagi daerah Sandakan, jumlah yang ditempatkan di PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2 adalah seramai 688 mangsa daripada 121 KIR.

PPS di Kota Belud yang sebelum ini menempatkan mangsa banjir diisytihar tutup melibatkan Dewan SK Pekan dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya