HomeIsu tempatanKerjasama UMS-Kindai University paling lama dan berjaya

Kerjasama UMS-Kindai University paling lama dan berjaya

Read Time:1 Minute, 32 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Hubungan kerjasama antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kindai University merupakan salah satu kerjasama yang paling lama dan berjaya yang terdapat di UMS dan institusi luar negara.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, seramai 231 pelajar UMS telah dihantar menjalani latihan industri di serata Jepun melalui Institut Penyelidikan Akuakultur, Kindai University sejak tahun 2001 dan seramai 10 graduan UMS telah mendapat tajaan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) yang dibiayai oleh universiti tersebut.

Beliau berkata demikian sempena kunjungan hormat kepada Presiden Kindai University, Prof. Dr. Yoshihiko Hosoi di kampus Kindai University yang terletak di Osaka Jepun baru-baru ini.

Kunjungan tersebut merupakan kali pertama selepas lantikan Datuk Dr. Kasim sebagai Naib Canselor UMS ke-7.

Delegasi UMS yang diketuai Datuk Dr. Kasim telah disambut oleh Prof. Dr. Yoshihiko dan barisan pengurusan tertinggi Kindai University bagi perbincangan usahasama dan kerjasama akademik dan penyelidikan di antara UMS dan Kindai University.

“Antara perkara yang dibincangkan termasuklah komitmen UMS untuk terus memperkukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua universiti yang telah bermula sejak tahun 2000.

“Melalui kunjungan ini, kita turut mempelawa Kindai University untuk menghantar pelajarnya bagi menyambung program pengajian pascasiswazah di UMS melalui geran penyelidikan yang akan ditawarkan.

“Selain itu, UMS dan Kindai University juga berhasrat untuk terus menganjurkan persidangan antarabangsa bersama dan ini mampu meletakkan nama UMS di persada global,” katanya kepada media.

Selain kunjungan hormat dan mesyuarat bersama Presiden Kindai University, delegasi UMS turut dibawa melawat kemudahan yang terdapat di Kindai University termasuklah pusat sukan yang berprestij tinggi terutamanya bagi program Judo dan Sumo.

Delegasi UMS turut dipelawa untuk makan tengah hari bersama pengurusan Kindai University bagi menikmati hasil produk makanan ikan yang dikeluarkan dari universiti tersebut.

Lawatan tersebut diakhiri dengan melawat perpustakaan Kindai University yang berkonsep moden dan serba lengkap. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya