HomeUtamaMUIS, USIM meterai MoU dalam penyelidikan dan khidmat nasihat Syariah

MUIS, USIM meterai MoU dalam penyelidikan dan khidmat nasihat Syariah

Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam penyelidikan dan khidmat nasihat Syariah untuk program yang dilaksanakan secara bersama.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerjasama itu juga termasuklah perkongsian kepakaran dalam membangunkan pensijilan dan industri halal di Sabah khususnya industri mikro.

“Pada tahun lalu dan tahun ini, saya bersama pegawai kanan kementerian , MUIS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) telah mengadakan beberapa siri lawatan ke USIM.

“Lawatan itu sekaligus mengadakan perbincangan dengan pimpinan USIM di Negeri Sembilan mengenai kerjasama dalam hal ehwal Islam, dakwah, pendidikan dan halal,” katanya menerusi hantaran di Faceebok rasminya di sini semalam.

MoU itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali dengan Naib Canselor USIM Profesor Ts Dr Sharifudin Mohd Shaarani dan disaksikan oleh Mohd Arifin.

Mohd Arifin berkata, hubungan baik antara MUIS dan USIM akan terus dimantapkan dan diperkasa.

“InsyaAllah Sabah kita akan jadikan sebagai dataran Halal Hub dengan bantuan USIM dan rakan-rakan agensi yang lain yang mana kita akan sentiasa bekerjasama.

“Kerjasama ini juga akan dapat memperhebatkan lagi penyediaan latihan dalam bidang halal dan fatwa di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya