HomeUtamaSESB yakin pelaksanaan IBR mampu tambahbaik sistem pembekalan elektrik

SESB yakin pelaksanaan IBR mampu tambahbaik sistem pembekalan elektrik

Read Time:2 Minute, 44 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU:  Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yakin dengan usaha melaksanakan ‘Incentive Based Regulation’ (IBR) akan menambahbaik sistem pembekalan elektrik di Sabah dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, menerusi pelaksanaan IBR ini ianya akan dapat menjadikan bekalan elektrik berdayaharap dan secara langsung mampu menghadapi cabaran industri bekalan elektrik yang berkembang maju dan lebih mencabar.

“Bermula Januari 2022 sehingga Disember 2024, SESB memasuki fasa baru dengan melaksanakan IBR iaitu satu mekanisme bagi penetapan tarif elektrik dengan insentif untuk menambah baik perkhidmatan SESB secara telus kepada pelanggan.

“Ini membolehkan SESB lebih progresif dalam menambah baik sistem-sistem pembekalan elektrik ke setiap daerah di negeri ini dan Labuan. Walaubagaimanapun, tarif purata asas elektrik dicaj kepada pengguna masih lagi kekal pada 34.52 sen/kWj dengan subsidi Kerajaan berjumlah RM1.76 bilion (bersamaan dengan 9.31 sen/kWj) bagi tempoh tiga tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yaakob berkata, pelaksanaan IBR termasuk komponen fleksibel atau anjal menerusi Mekanisme Pelepasan Imbangan Kos Penjanaan (ICPT) yang membolehkan SESB sebagai utiliti mengatasi perubahan (samada peningkatan atau penurunan) kos bahan api.

Katanya, ini termasuklah kos-kos penjanaan elektrik dilepaskan kepada pengguna bersesuaian dengan peruntukan di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990.

Menurutnya, di bawah mekanisme ICPT, kos bahan api dan kos penjanaan elektrik akan disemak setiap enam  bulan dan dilepaskan kepada pengguna elektrik dalam bentuk rebat atau surcaj bergantung kepada penjimatan atau peningkatan kos yang terlibat setelah mengambilkira subsidi oleh kerajaan.

“Peningkatan kos penjanaan adalah rentetan daripada kenaikan kos bahan api diesel dan medium fuel oil yang merupakan sebahagian daripada bahan api penjanaan elektrik di Sabah dan Labuan selain daripada gas asli di pasaran global dan ianya adalah diluar kawalan SESB dan Kerajaan.,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Yaakob berkata, SESB menyambut baik pengumunan yang dibuat kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) berkaitan pelarasan tarif elektrik dibawah mekanisme ICPT yang akan dilaksanakan di Sabah dan Labuan bagi tempoh enam bulan pertama iaitu 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2023.

Katanya, pelaksanaan itu adalah secara bersasar dimana semua pengguna domestik (tarif DM) dan pengguna bukan domestik yang terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam kategori tarif komersial dan industri voltan rendah (tarif CM1 dan ID1) akan dikecualikan daripada surcaj ICPT.

“Semua pengguna bukan domestik lain yang merangkumi kategori tarif voltan rendah, voltan sederhana dan voltan tinggi yang antaranya terdiri daripada komersial dan industri akan dikenakan surcaj ICPT secara penuh pada kadar 10.04 sen/kWj,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yaakob berkata, jumlah caj ICPT di dalam bil elektrik pengguna adalah berbeza kerana ia bergantung kepada jumlah penggunaan tenaga elektrik (kWj) sebulan setiap pengguna.

Katanya, bagi menampung kos penjanaan elektrik, kerajaan memberi peruntukan subsidi sebanyak RM212 juta bagi tempoh enam bulan tersebut kepada pengguna domestik dan bukan domestik di bawah kategori tarif CM1 dan ID1.

“Adalah dianggarkan sebanyak 99 peratus atau lebih daripada 656,000 daripada keseluruhan pengguna elektrik tidak akan mengalami peningkatan kos penjanaan ini.

“Oleh itu, jumlah ICPT yang perlu dibayar adalah berbeza daripada seorang pengguna dengan pengguna yang lain, dan berbeza dari satu bulan ke satu bulan yang lain, bergantung kepada penggunaan tenaga elektrik,” katanya.

Untuk mengurangkan impak ICPT di dalam bil, pengguna disarankan mengambil langkah penjimatan elektrik seperti yang disarankan oleh ST. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya