HomeUtamaCOVID-19 : Kerajaan digesa perketat SOP sebelum terima kemasukan pelancong China

COVID-19 : Kerajaan digesa perketat SOP sebelum terima kemasukan pelancong China

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan digesa untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat khususnya dalam menerima kemasukan pelancong China yang dijangka meningkat mendadak pada tahun hadapan.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Pantai Barat Sabah Azami Bongsu berkata, ujian pantas (RTK) Antigen COVID-19 juga perlu dikuatkuasakan kembali agar penularan wabak itu khususnya dari China dapat dibendung.

Katanya, pemain industri khususnya di negeri ini juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau SOP sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya penularan COVID-19.

“Kita difahamkan negara China akan melonggarkan SOP dan Malaysia akan menjadi antara persinggahan pelancong negara itu untuk melancong di sini. Justeru kita berharap agar Kerajaan dapat memperketatkan kembali SOP khususnya dalam menerima kemasukan pelancong China.

Azami Bongsu

“Para pemain industri juga tidak boleh mengharapkan kerajaan dan pihak berkuasa untuk memantau segalanya tetapi perlu mengambil inisiatif menguatkuasakan sebaiknya semua SOP sebelum ini.

“SOP sudah sedia ada terutamanya dari segi imbas suhu, vaksin dan sudah pasti vaksin itu kena ada. Seperti Singapura, mereka akan menambah dos vaksin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

China dilaporkan akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari 2023, selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan pengusaha pelancongan tempatan melakukan persiapan awal bagi menyambut kehadiran pelancong dari negara berkenaan yang lazimnya menjadikan Malaysia sebagai antara lokasi tumpuan mereka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular