HomeUtamaSabah tetapkan SOP terkini Rabu depan, tangani kemasukan pelancong China

Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan, tangani kemasukan pelancong China

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan menetapkan polisi terkini sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebarang keputusan akan diputuskan jemaah menteri pada mesyuarat Kabinet pada Rabu minggu depan.

“Jemaah Menteri Sabah akan membuat keputusan berkaitan perkara ini pada mesyuarat Kabinet Sabah minggu depan.

“Mesyuarat Kabinet negeri selalunya diadakan pada Rabu setiap minggu. Kita akan bincangkannya,” katanya ketika memetik laporan Astro Awani di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) akan diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada empat strategi utama kerajaan dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19.

Sampel air kumbahan itu, jelas beliau lagi, akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya