HomeEkonomiKJMBB catat kejayaan miliki bangunan kedai bernilai RM6.5 juta

KJMBB catat kejayaan miliki bangunan kedai bernilai RM6.5 juta

Read Time:1 Minute, 10 Second

BEAUFORT: Koperasi Jaya Murni Beaufort Berhad (KJMBB) berjaya mencatat kejayaan dengan memiliki sebuah bangunan kedai tiga tingkat bernilai RM6.5 juta.

Pengerusi KJMBB Datuk Ruslan Muharam berkata, pencapaian yang dicatat antara kejayaan KJMBB bagi tahun 2021-2022.

“KJMBB kini telah memiliki bangunan tiga tingkat yang mempunyai sebanyak lapan pintu kedai bernilai RM6.5juta.

“KJMBB juga turut berjaya membuka sebuah lagi cawangan Coopmart Koperasi Jaya Murni di Kampung Kebatu dengan modal sebanyak RM265,000,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-11 sesi 2020-2021 KJMBB di Bilik Mesyuarat Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Bandar Minggo disini, pada Jumaat.

Mengulas mengenai mesyuarat itu, Ruslan yang juga ADUN Lumadan berkata, ahli koperasi telah mengemukakan usul atau cadangan bagi meningkatkan lagi prestasi koperasi ini.

“Dalam mesyuarat ini juga kita telah meluluskan usul menambah modal syer sebanyak RM100,000 setiap anggota.

“Selesai mesyuarat ini juga agihan dividen telah dilakukan kepada ahli-ahli koperasi iaitu pembayaran dividen sebanyak lima peratus diberikan di mana terdapat menurun sebanyak 15 peratus berbanding 20 peratus pada tahun lalu.

“Ini adalah disebabkan koperasi telah membuka cawangan baharu seperti yang dimaklumkan serta deposit pembelian bangunan serta pengurusan guaman bagi pemilikan kedai berkenaan,” jelasnya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Pengerusi KJMBB, Asmat Japar dan jemputan khas serta pemerhati, Pembantu Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Beaufort, Dk Suzana Juhainin serta Pembantu Juruaudit SKM Wilayah Beaufort, Puteri Nurmaisarah Mufti.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya