HomePolitikKami sedia buktikan keabsahan sokongan terhadap Ketua Menteri - Masidi

Kami sedia buktikan keabsahan sokongan terhadap Ketua Menteri – Masidi

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedia untuk membuktikan keabsahan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana terdapat ada pihak mendakwa telah memperolehi sokongan lebih separuh untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Negeri yang baharu.

“Sebagai makluman, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN Sabah untuk terus memimpin Kerajaan Negeri yang ada sekarang. 

“Mereka termasuk kesemua tujuh ADUN Pakatan Harapan Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, pihaknya bersedia untuk membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu.

Katanya, pada ketika ini suasana dan kedudukan politik di ini kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya