HomeIsu tempatanSPRM tahan dua suspek wanita meminta dan menerima rasuah

SPRM tahan dua suspek wanita meminta dan menerima rasuah

Read Time:33 Second

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan dua suspek yang bertugas di Mahkamah Syariah Tawau kerana dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM400 daripada orang awam bagi memproses perintah mahkamah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek wanita terbabit termasuk seorang penjawat awam yang berusia 50 dan 38 tahun itu telah ditahan di pejabat SPRM Negeri Sabah Cawangan Tawau ketika hadir memberi keterangan pada jam 5.30 petang, tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya