HomeUtamaPengembara dari China perlu lengkap vaksinasi, jalani ujian COVID-19 sebelum masuk ke...

Pengembara dari China perlu lengkap vaksinasi, jalani ujian COVID-19 sebelum masuk ke Sabah

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU :  Sabah memutuskan semua pengembara dari negara China perlu lengkap vaksinasi mengikut kriteria negara asal sebelum memasuki negeri ini berkuatkuasa Ahad ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perkara itu diputuskan oleh jemaah Menteri yang bermesyuarat pada hari ini.

“Selain itu semua pengembara dari negara China perlu menunjukkan ujian COVID-19 (RT-PCR/RTK Ag Professional) dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga jurucakap rasmi COVID-19 negeri Sabah berkata, semua pengembara dari luar juga dikehendaki untuk menjalani saringan suhu semasa ketibaan.

Katanya, pengembara yang dikesan demam akan diminta untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Semasa ketibaan, pengembara yang mempunyai gejala COVID-19 wajib untuk menjalani ujian RTK Antigen COVID-19,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya