HomeUtamaLaluan KK-Sandakan (Jalan Riverside) Ranau terputus, ditutup serta merta

Laluan KK-Sandakan (Jalan Riverside) Ranau terputus, ditutup serta merta

Read Time:50 Second

RANAU : Jalan utama Kota Kinabalu – Sandakan, Ranau (Jalan Riverside) ditutup serta merta untuk semua kenderaan bermula hari ini disebabkan hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu hantaran di Facebook rasmi memaklumkan hujan berterusan itu turut mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan putus yang membahayakan laluan.

“Untuk makluman, jalan Kota Kinabalu-Sandakan, Ranau (Jalan Riverside) di KM 109.378 Ranau ditutup serta merta bermula hari ini akibat hujan lebat mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan putus yang membahayakan laluan.

“Para pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jal;an Sinarut Baru Togudon Baru yang hanya boleh dilaluioleh kenderaan kecil,” menurut kenyataan itu di sini malam ini.

Keadaan laluan yang terputus akibat kegagalan pembentung – Foto Ihsan Pembaca

Pengguna jalan raya juga diminta untuk sentiasa mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial video termasuk gambar-gambar mengenai insiden jalan terputus selain beberapa laluan sekitar daerah ini turut mengalami tanah runtuh. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan SSL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya