HomeUtamaSatu PPS dibuka di Ranau

Satu PPS dibuka di Ranau

Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU : Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau di sini jam 12.45 tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Ranau dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS itu dibuka bagi menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga yang terjejas dengan banjir kilat.

“PPS ini dibuka adalah berikutan berlaku banjir kilat selepas hujan berterusan lebih dari tiga jam selain turut menyebabkan beberapa kawasan kampung di daerah ini dinaiki air.

“Antara kawasan yang dikenal pasti dinaiki air adalah di Kampung Libang; Kampung Kituntul dan Kampung Marakau,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu, beberapa kawasan turut dikenal pasti berisiko antaranya di Kampung Libang; Kampung Marakau; Kampung Kituntul; Kampung Silou; Kampung Lasing; dan Kampung Bahan.

Sebanyak empat laluan turut dinaiki air atau terputus hubungan antaranya di Jalan Kota Kinabalu – Ranau di KM179.308; Jalan Marakau -Kinapulidan- Kigiuk; Jalan Libang – Marakau dan Jalan Kituntul Lama yang mengalami tanah runtuh.

Semalam, Jalan utama Kota Kinabalu – Sandakan, Ranau (Jalan Riverside) ditutup serta merta untuk semua kenderaan disebabkan hujan lebat yang berterusan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu hantaran di Facebook rasmi memaklumkan hujan berterusan itu turut mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan putus yang membahayakan laluan.

“Untuk makluman, jalan Kota Kinabalu-Sandakan, Ranau (Jalan Riverside) di KM 109.378 Ranau ditutup serta merta akibat hujan lebat mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan putus yang membahayakan laluan.

“Para pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru yang hanya boleh dilaluioleh kenderaan kecil,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya