HomeIsu tempatanPenduduk bina pondok rekreasi, terap semangat permuafakatan

Penduduk bina pondok rekreasi, terap semangat permuafakatan

Read Time:1 Minute, 23 Second

RANAU: Insiatif penduduk Kampung Kigiok membina pondok-pondok rekreasi selain untuk keceriaan kampung, ia juga sebagai salah satu produk pelancongan desa yang dapat menjana pendapatan kepada penduduk setempat.

‘Bersatu Teguh, Bercerai Roboh’ dan ‘Muafakat Membawa Berkat’, demikian semangat yang hendak diterapkan penduduk Kampung Kigiok terletak kira-kira 8 kilometer dari pekan Ranau di sini.

Dengan jumlah lebih 500 penduduk dari 80 buah rumah kini 95 peratus sudah menyiapkan tiga buah pondok rekreasi masing-masing dinamakan pondok Anggrek, Bersatu dan Cempaka menerusi permuafakatan ‘Bergotong-Royong’ dikalangan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kigiok, Jasni Litah berkata, atas permuafakatan itu hasrat penduduk untuk mewujudkan pondok rekreasi yang difikirkan mampu mewujudkan keceriaan kampung selain sumber pendapatan penduduk yang bakal menyediakan pelbagai produk kepada para pelancong kelak.

“Disamping memberi keceriaan kepada penduduk Kampung Kigiok, pondok rekreasi ini juga diharap dapat menarik pelancong tempatan dan luar yang berkunjung ke daerah Ranau.

“Sebenarnya kos pewujudan sebahagian  pembinaan pondok rekreasi ini, adalah sumbangan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan pengusaha Pelancongan Ranau Rabbit Farm Kigiok, Wong Ko Siong.

“Penduduk berterima kasih atas bantuan Datuk Jonathan, Wong dan sumbangan tenaga daripada para penduduk Kampung Kigiok”, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Jasni turut mengalu-alukan kepada para dermawan supaya membantu penduduk untuk menghulurkan sumbangan peralatan seperti Simen, batu, pasir dan dawai untuk bahan membaiki sistem perparitan  berhampiran pondok-pondok rekreasi yang dibina.

Selain itu, kelebihan Kampung Kigiok juga terletak berdekatan dengan pusat pelancongan tempatan seperti pusat Bombon Marakau, pusat Ternakan Payau Kinapulidan, pusat Madu Lebah Kg. Kinapulidan, Ranau Rabbit Farm dan Mount Kinabalu Sky Bike Kigiok yang boleh dikunjungi dengan kadar bayaran yuran masuk tertentu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya