HomeUtamaSabah, Sarawak diberi kuasa urus projek pembangunan Persekutuan dibawah RM50 juta

Sabah, Sarawak diberi kuasa urus projek pembangunan Persekutuan dibawah RM50 juta

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA:  Kerajaan bersetuju untuk menetapkan mana-mana projek dibawah RM50 juta diserahkan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan pelaksanaan di kedua-dua negeri berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu bagi membolehkan pelaksanaan beberapa projek tertangguh di Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan tanpa merujuk ke Persekutuan.

“Saya melihat ada beberapa perkara tertangguh antaranya keputusan untuk menyegerakan pelaksanaan projek meskipun ada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak tetapi kata putus itu terlalu banyak di Putrajaya.

“Meskipun peruntukan besar diberikan tetapi peruntukan itu tidak dapat dipenuhi kerana birokrasi.  Jadi kita telah putuskan dan Kementerian Kewangan bersetuju untuk menetapkan mana-mana projek dibawah RM50 juta itu diserahkan sepenuhnya kepada Sabah dan  Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya di sini hari ini.

Hadir sama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu akan membolehkan Sabah dan Sarawak membuat keputusan segera tanpa dilengahkan namun perlu mematuhi peraturan sedia ada termasuk kewangan.

Beliau turut menyatakan Jemaah Menteri turut bersetuju Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang tertangguh di Sabah akan segera dilaksanakan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya