HomeUtamaPPS IPD Ranau terus beroperasi tempatkan mangsa terjejas banjir

PPS IPD Ranau terus beroperasi tempatkan mangsa terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

RANAU : Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ranau akan terus beroperasi bagi menempatkan mangsa yang terlibat dengan banjir di beberapa kawasan di daerah ini.

Perkara itu dinyatakan Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jumain Abdul Ghani dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Pada hari ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Ranau meneruskan pemantauan di semua lokasi berisiko banjir.

“Dalam lawatan ke semua lokasi banjir pada pagi tadi, saya turut mengarahkan agar PPS Dewan Serbaguna IPD Ranau meneruskan operasi bagi menempatkan mangsa yang terjejas dengan banjir,” katanya.

Katanya, semua paras air sungai telah kembali ke paras normal namun pemantauan masih diteruskan sekiranya cuaca hujan berterusan.

Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada ketika ini sedang dalam pemungutan maklumat kerosakan akibat banjir untuk dikemukakan kepada pihak Ibu Pejabat.

“Sebanyak 97 buah bakul makanan diagihkan kepada semua mangsa yang terkesan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Ranau,” katanya.

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 45 mangsa terjejas banjir ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ranau setakat jam 8 malam tadi.

“Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan adalah melibatkan sebanyak 12 Ketua Isi Rumah (KIR),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gaji penjawat awam Sabah dinaikkan selaras pengumuman PM – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya