HomeUtamaPembentung sementara, jambatan bailey akan dipasang di laluan terputus di Ranau

Pembentung sementara, jambatan bailey akan dipasang di laluan terputus di Ranau

Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

RANAU: Pembentung sementara akan dipasang di laluan yang terputus melibatkan jalan utama Kota Kinabalu – Sandakan (Jalan Riverside) Ranau yang ditutup semalam akibat kegagalan pembentung.

Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jumain Abdul Ghani berkata, jambatan bailey akan dipasang sebagai ‘temporary diversion’.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah memaklumkan dan memanjangkan cadangan ini kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia pada hari ini selaku pemilik aset jalan persekutuan.

“JKR Sabah melalui syarikat konsesi jalan persekutuan sedang dalam proses penghantaran bahan-bahan pembinaan ke tapak.  Ini merupakan antara cadangan bagi pembinaan jalan yang putus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumain berkata, syarikat konsesi jalan persekutuan juga sedang giat membina dan membaiki jalan alternatif kedua di kawasan Gereja SIB.

Katanya, laluan ini boleh digunakan oleh pengguna jalan daripada Sandakan ke Kota Kinabalu dan laluan ini dijangka boleh digunakan pada jam 7 malam tadi.

“Bagi jalan di Sinarut baru – Togudon baru, syarikat konsesi jalan negeri akan melaksanakan pelebaran jalan dengan melebarkan kiri dan kanan bahu jalan. Kerja ini akan dilaksanakan pada waktu malam.

“Penduduk adalah diminta untuk bersabar dalam keadaan yang mencabar pada ketika ini dan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana Ranau di talian 088-870519 atau 019-8103962 sekiranya berlaku kecemasan di kawasan masing-masing,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya