HomeUtamaDua suspek pengedar dadah ditahan di Lahad Datu

Dua suspek pengedar dadah ditahan di Lahad Datu

Read Time:55 Second

LAHAD DATU: Dua suspek dipercayai pengedar dadah ditahan berhubung kes kejadian melepaskan tembakan dalam satu operasi dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Jalan Tengah Nipah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu mengesahkan ada menerima laporan polis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lahad Datu pada hari ini (6 Jan) berhubung dengan kejadian melepaskan tembakan semasa satu operasi menahan dua orang suspek pengedar dadah yang berlaku pada jam lebih kurang 3:30 petang semalam (5 Jan) di Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.

Katanya, kedua-dua suspek warga tempatan yang ditahan itu masing-masing berumur 23 dan 24 tahun.

Menurut Dr Rohan dalam kenyataan media hari ini, kedua-dua suspek terbabit disiasat Di Bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cuba Bunuh) berikutan daripada laporan polis yang dibuat oleh pihak jabatan KDRM, Lahad Datu.

“Siasatan pihak polis mendapati seorang daripada suspek itu memiliki dua rekod kesalahan lampau iaitu kesalahan-kesalahan jenayah dan narkotik.

“Kes ini disiasat Di Bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 Oleh Jabatan KDRM, Lahad Datu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya