HomePolitikKestabilan politik Sabah mustahak untuk kekalkan momentum pembangunan, pelaksanaan MA63

Kestabilan politik Sabah mustahak untuk kekalkan momentum pembangunan, pelaksanaan MA63

Read Time:1 Minute, 55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA BELUD: Kestabilan politik di negeri ini adalah mustahak bagi mengekalkan momentum pembangunan dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden-elect Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berkata, sebarang usaha untuk menggulingkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor boleh merencatkan momentum yang sedang dibina bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Dengan kerjasama banyak pihak, Hajiji telah memastikan perolehan hasil Sabah lebih daripada enam billion pada tahun lepas.

“Ini penting supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan seterusnya pembangunan infrastruktur yang perlu diperkasakan dan dilipat-gandakan dengan pendekatan reform tata kelola.

“Dalam masa yang sama, dengan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di Persekutuan, agenda untuk melaksanakan MA63 merupakan antara keutamaan Kerajaan berdasarkan kekerapan perbincangan Jemaah Menteri mengenainya termasuk pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kerajaan Sabah bagi melaksanakan perolehan terus projek-projek bernilai RM50 juta ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program walkabout di Tamu Mingguan Taginambur di Kadamaian Square, di sini hari ini.

Ewomn yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau telah membangkitkan mengenai pendekatan formula pemberian khas berdasarkan pungutan hasil persekutuan di Sabah.

Katanya, beliau bersama rakan sejawat Datuk Armizan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak akan mengadakan pertemuan dengan peguam Sabah Law Society dan Pakatan Harapan dalam masa yang terdekat untuk membincang lebih lanjut mengenai formula ini.

“Kelmarin saya juga telah membincangkan perkara ini dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji). Saya berpendirian momentum ini perlu dikekalkan dan tidak seharusnya digugat oleh sebarang cubaan menggulingkan beliau sebagai Ketua Menteri,” katanya.

Beliau turut menyatakan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) telah membuat ketetapan konsensus semalam untuk tidak menyokong sebarang usaha menggulingkan Ketua Menteri yang telah mengangkat sumpah selepas proses pilihanraya.

“Ketua Menteri telah mengangkat sumpah selepas proses pilihanraya dan kerajaannya telah dibentuk. Sebelum ini ADUN-ADUN PH Sabah telah menyatakan sokongan agar Hajiji terus menjadi Ketua Menteri sehingga habis penggal ini.

“Kami kekal dengan pendirian ini kerana sebarang usaha menggulingkan beliau selepas mengangkat sumpah merupakan rundingan “pintu belakang” yang sepatutnya tidak dilakukan.

“Pilihanraya negeri akan diadakan dalam tempoh tiga tahun. Parti-parti politik boleh mengambil bahagian dan seterusnya berunding mengenai penubuhan Kerajaan pada masa itu, bukannya pada masa ini. Itulah sebabnya ADUN-ADUN PH kekal dengan pendirian menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri sehingga habis penggal ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya