Tiada perubahan Kerajaan Sabah, keadaan tenang – PM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah masih berfungsi seperti biasa dan tiada sebarang perubahan Kerajaan negeri seperti yang didakwa berlaku sejak semalam.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghubungi beberapa pemimpin Sabah termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurut laporan Berita Harian, sehingga kini keadaan adalah tenang dan tiada perkembangan lanjut berhubung perkara itu.

“Saya sudah hubungi semua berhubung negeri Sabah. Hajiji, Shafie, Bung Moktar. Nampaknya, ia berada dalam keadaan tenang, sementara ini.

“Saya tidak fikir apa-apa perkembangan itu (perubahan kerajaan negeri),” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini hari ini.

Anwar berkata,beliau juga sudah berbincang dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Look Siew Fook, berhubung perkara tersebut.

Katanya, para pemimpin politik wajar berbincang dengan baik sekiranya ada isu tertentu.

“Saya cuma dimaklumkan beberapa isu dan saya minta Ketua Menteri berbincang dengan baik dengan rakan-rakan di Sabah,” katanya.

Semalam, media melaporkan, cubaan menggulingkan Hajiji gagal dan ‘Langkah Kinabalu’ itu dikatakan ada kaitan dengan gerakan daripada WARISAN dan BN. –

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *