HomeUtamaPersatuan Pengguna sambut baik kadar tarif elektrik kekal - David Chan

Persatuan Pengguna sambut baik kadar tarif elektrik kekal – David Chan

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU:  Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah (PPBS) menyambut baik pengumuman oleh kerajaan mengenai pengekalan kadar tarif elektrik untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik.

Presidennya, David Chan berkata, pengumuman itu ternyata melegakan rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Katanya, pengekalan tarif yang dilaksanakan di negeri Sabah dan Labuan untuk tempoh enam bulan pertama iaitu I Januari hingga 30 Jun ini merupakan satu tindakan yang dapat membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup ketika ini.

“Kita turut menyokong keputusan Kerajaan memberikan subsidi tambahan bagi membantu pengguna domestik dan bukan domestik di bawah kategori tarif CM1 dan ID1 sebanyak RM212 juta bagi tempoh enam bulan bermula Januari 2023 sehingga Jun 2023,” katanya.

Suruhanjaya Tenaga (ST) mengumumkan di bawah mekanisme ICPT, kos bahan api dan kos penjanaan elektrik akan disemak setiap enam (6) bulan dan dilepaskan kepada pengguna elektrik dalam bentuk rebat atau surcaj bergantung kepada penjimatan atau peningkatan kos yang terlibat setelah mengambil kira subsidi oleh kerajaan.  

Peningkatan kos penjanaan adalah rentetan daripada kenaikan kos bahan api diesel dan medium fuel oil yang merupakan sebahagian daripada bahan api penjanaan elektrik di Sabah dan Labuan selain daripada gas asli di pasaran global dan ianya adalah diluar kawalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Kerajaan.

Adalah dianggarkan 99 peratus atau lebih daripada 656,000 daripada keseluruhan pengguna elektrik tidak akan mengalami peningkatan kos penjanaan ini.

David membuat kenyataan demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar di sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan SESB Fauziah K Hamid, Ketua Komunikasi Korporat Jamdin Abdul Razik, Ketua Regulatory Economics and Management SESB Nor Nasaliza Abdul Rafar, Setiausaha PPBS Thecla Oswald, Ketua Penerangan PPBS, Liza Din serta pegawai-pegawai kanan SESB

Sementara itu, David meminta rakyat agar mengambil kesempatan di atas tolak ansur dan pertimbangan kerajaan itu untuk mengambil langkah-langkah bijak bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

“Persatuan Pengguna Bijak juga bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak, khasnya SESB dan Suruhanjaya Tenaga untuk memulakan kempen penjimatan tenaga agar kesedaran dapat disebarkan di dalam kalangan pengguna dan rakyat,” katanya.

Katanya, langkah kerajaan itu sekurang-kurangnya membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan pelbagai harga barang sejak akhir-akhir ini selain keadaan ekonomi yang tidak menentu.

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular