HomePolitikTunggu PRN akan datang untuk dapatkan sokongan rakyat - Joniston

Tunggu PRN akan datang untuk dapatkan sokongan rakyat – Joniston

Read Time:1 Minute, 34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KIULU : Pihak tertentu yang berhasrat untuk mengambil alih Kerajaan Negeri diingatkan untuk menunggu sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi menentukan sama ada mendapat sokongan rakyat atau sebaliknya.

Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai berkata, majoriti rakyat di negeri ini juga akan menentang tindakan pihak tertentu yang mahu menggulingkan Kerajaan sedia ada.

“Kerajaan negeri pada masa ini telah memberi fokus untuk menyegerakan dan mempergiatkan lagi usaha untuk membangunkan negeri, kenapa ada pihak mahu membuat rancangan bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Jangan kita lupa parti yang telah menggulingkan Kerajaan Negeri yang sedia ada melalui pembelotan telah ditolak rakyat pada PRN ke 16 tahun 2020 yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bertemu rakyat di Kampung Romokon di sini yang terletak dikawasan terpencil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu.

Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kiulu berkata demikian bagi mengulas kebimbangan rakyat mengenai usaha pihak tertentu yang berterusan mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri.

Katanya turut mengingatkan agar pihak terbabit tidak mengganggu kerja-kerja dan produktif yang Kerajaan Negeri telah laksanakan.

“Adalah amat dikesali bahawa pihak tertentu nampaknya tidak pernah berhenti menggugat kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sebarang langkah yang boleh membawa ketidakstabilan politik di Sabah harus dielakkan dan sebaliknya semua yang berkenaan perlu menumpukan usaha mengukuhkan perpaduan,” katanya.

Sepanjang pentadbiran Hajiji, negeri ini telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa termasuk merekodkan hasil negeri tertinggi yang pernah direkodkan iaitu sebanyak RM6.6 bilion pada 2022.

Selain itu, peruntukan tahunan ADUN tahun ini dinaikkan kepada RM3 juta, dengan RM2.5 juta diperuntukkan untuk projek kecil dan RM500,000 untuk program titik sentuh.

Rabu lalu, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun menafikan khabar angin bahawa kumpulan tertentu sedang merancang untuk membentuk kerajaan negeri baharu, sambil menegaskan Hajiji masih mendapat sokongan majoriti untuk kekal sebagai Ketua Menteri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya