PBNS terima sijil bersih audit

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dianugerahkan Sijil Bersih Audit oleh Jabatan Audit Negara atas kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran kewangan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Dan Penyelarasan Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata, sijil berkenaan merupakan pencapaian cemerlang kepada pengurusan PBNS dan semua yang terlibat.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada pengerusi, timbalan serta semua pengurusan PBNS kerana telah mencapai apa yang diinginkan.

“Pihak kementerian melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengarah audit kerana sentiasa membimbing pegawai-pegawai di PBNS bagi memastikan pengurusan, pentadbiran dan segalanya di PBNS berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan PBNS bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 di Menara Kinabalu di sini semalam.

Arifin berkata, MUIS dalam tiga tahun berturut-turut sebelum ini  telah dianugerahkan sijil berkenaan dan diharap pencapaian PBNS pada kali ini akan terus dikekalkan.

Katanya, untuk mendapatkan anugerah sedemikian bukannya mudah apatah lagi untuk mempertahankan.

Tambah Arifin, jabatan audit negara merupakan pembimbing kepada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh perbadanan bagi memastikan kelancaran fungsi sesuatu organisasi.

Turut hadir Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan, Datuk Fairuz Renddan, Pengarah Audit Negeri Sabah, Mohd Nasri Mohd Nasir, Pengerusi PBNS, Datuk Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar dan Datuk Sapdin Ibrahim.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *