HomeUtamaDr Yusof gesa Bung letak jawatan, gagal rampas kuasa

Dr Yusof gesa Bung letak jawatan, gagal rampas kuasa

Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Seharusnya Bung letak jawatan kerana gagal rampas kuasa, sudah tentu Hajiji ambil tindakan untuk pecat pengkianat begini , kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob.

Dr Yusof mengulas mengenai tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung pengumumannya UMNO BN menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Katanya, tindakan ini amat memalukan dan mendapat cemuhan rakyat.

“Alasan Bung tidak berunding dengan dia mengenai rombakan kabinet tidak wajar kerana tindakan ini bermula dari dia juga,” kata Dr Yusof dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa dan malu dengan tindakan Bung bersama beberapa pemimpin UMNO SABAH yang bersekongkol dengan keputusan Bung.

“Sebagai penyokong UMNO, ini amat menjatuhkan imej UMNO di kaca mata rakyat Sabah dan dari luar. Kita mahu memulihkan UMNO yang sudah terjejas pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15). Sekarang bertambah parah.

“Kini pemimpin UMNO Sabah dinilai sebagai ‘Trouble Maker’. Inilah jadinya kalau kita angkat pemimpin yang bermasalah dan kurang waras dan tidak memikirkan kesan dan akibat bila buat tindakan sebegini,” tegasnya.

Menurut Dr Yusof lagi, Bung juga tidak berunding dengan Hajiji mengenai kerjasama dengan parti Warisan.

“Kenapa tidak berunding dengan Hajiji kalau mahu kerjasama dengan Warisan. Jadi tindakan Bung adalah COUP D’ ETAT atau tindakan rampas kuasa atau tebuk atap.

“Sekarang tindakan Bung rampas kuasa untuk bergabung dengan Warisan telah gagal pada 5 Jan 2023 dan cuba lagi pada 6 Jan 2023 kerana tidak cukup bilangan. Gagal kali kedua,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan tindakan Bung ini hanya menimbulkan kemarahan rakyat.

“Rakyat bukan mahu tukar kerajaan. Tapi rakyat mahu kerajaaan stabil, harga barang turun, ekonomi baik, peluang pekerjaan dan lain-lain. Rakyat sudah penat dengan politik ini. Pemimpin-pemimpin sudah penat dengan percaturan politik ini. Pegawai Kerajaan sudah penat.

“Pelabur dan peniaga semakin takut dengan cubaan rampas kuasa begini. Sepatutnya tunggulah Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Habiskan dulu penggal ini sehingga 2025,” katanya.

Dr Yusof juga memaklumkan bahawa beliau sudah memberi pandangan dan nasihat kepada Bung supaya tidak melakukan tindakan tersebut.

“Saya sudah bagi pandangan dan sudah nasihatkan Bung pada 1 Januari 2023, pada 5 dan 6 Januari lalu supaya jangan buat ini, jangan teruskan, bila dia mula buat gerakan rampas kuasa kerana saya tahu tidak akan berjaya dan merosak UMNO.

“Malah rakyat keseluruhan, kakitangan awam, masyarakat peniaga tidak sokong tindakan ini.

“Saya tidak tahu apa lagi yang Bung mahu. Dia sudah Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kerja Raya.

“PM sudah bagi kuasa JKR SABAH untuk merancang dan atur projek RM50 juta ke bawah yang di bawah kuasa Kementerian Kerja Raya. Jadi kita tunggulah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya