HomeUtamaKeabsahan Hajiji sebagai Ketua Menteri berpandukan Perlembagaan Negeri

Keabsahan Hajiji sebagai Ketua Menteri berpandukan Perlembagaan Negeri

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Keabsahan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri ditentukan melalui sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berpandukan kepada Perlembagaan Negeri.

Demikian dinyatakan menerusi kenyataan bersama Presiden PBS Datuk Seri Dr. Maximus J Ongkili, Presiden STAR Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Tindakan Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah yang mengumumkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah membuktikan wujudnya gerakan awal yang telah dibuat bersama Parti Warisan Sabah untuk menggugat ketidakstabilan politik di negeri ini.

“Tindakan ini adalah susulan daripada kegagalan perancangan awal mereka pada 5 Januari 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun,.mereka berkata, pengumuman tersebut tidak memberikan kesan terhadap kedudukan semasa Datuk Seri Hajiji Noor kerana keabsahan Ketua Menteri ditentukan melalui sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri berpandukan kepada Perlembagaan Negeri.

“Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebarang kenyataan media parti-parti politik tidak memberikan kesan dari sudut perundangan,” jelasnya.

Mereka turut mengesahkan sokongan padu mereka kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pada masa yang sama, kami dengan ini mengesahkan bahawa Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah daripada GRS berdiri teguh menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

“GRS merupakan sebuah parti politik dengan jumlah ADUN paling banyak dalam DUN Sabah. GRS juga menghargai sokongan majoriti ADUN-ADUN lain terhadap YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri termasuk daripada sokongan kolektif ADUN Pakatan Harapan (PH), ADUN-ADUN BN, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan ADUN-ADUN Dilantik.

“Komitmen padu ini berpaksikan kepada kesedaran bahawa kepentingan rakyat dan negeri seharusnya diutamakan berbanding kepentingan sempit kepartian dan individu.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menghormati mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu.

“Sebarang gerakan untuk membentuk kerajaan dari pintu belakang dan tidak melalui proses pilihan raya adalah tindakan yang mengkhianati mandat rakyat dan seharusnya ditolak,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya