HomeUtamaMUIS sumbang RM97,000 bantu mangsa terjejas rumah roboh di Kampung Forest Sandakan

MUIS sumbang RM97,000 bantu mangsa terjejas rumah roboh di Kampung Forest Sandakan

Read Time:58 Second

SANDAKAN : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) semalam menyalurkan sumbangan wang tunai berjumlah RM97,000 kepada 194 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dengan kejadian rumah roboh di Kampung Forest di sini baru-baru ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, setiap KIR yang terjejas dengan kejadian itu akan menerima sumbangan sebanyak RM500.

“Pihak Kerajaan melalui MUIS berharap agar sumbangan ini akan dapat membantu mengurangkan bebanan mangsa yang terlibat.

“MUIS membantu setiap keluarga terlibat sebanyak RM500 untuk sekurang-kurangnya meringankan bebanan keluarga yang terlibat, mudah-mudahan kita dapat mengurangkan bebanan mereka dengan adanya bantuan ini dan juga bantuan daripada Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kampung Forest di sini semalam.

Mohd Arifin berkata, pihaknya turut menyeru kepada semua badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat perniagaan untuk tampil bersama-sama mengurangkan bebanan yang dihadapi mangsa terlibat.

Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan barangan makanan yang disalurkan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) kepada mangsa terlibat.

Terdahulu, sebanyak lebih 100 buah rumah di kampung itu roboh akibat dipukul ombak ketika fenomena air laut pasang besar pada 24 Disember tahun lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular